BACK TO TOP! 365 DAYS FOR EYRAA !: DIARY WANITA (:
♥ Be nice to me , you'll get the best . Be rude to me , you'll get the worst ♥

DIARY WANITA (:

30 ciri wanita y belum sempat kate pada lelaki

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih , tetapi dia tidak menitiskan airmata , itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .




2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf .




3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang ( sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan ) .




4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain .




5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya , dia akan cair seperti coklat !




6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian .




7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati , tolak cintanya dengan lembut ,  jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan , dia akan lakukan apa saja .




8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya , biarkan dia untuk seketika . Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan , cubalah tegur dia perlahan-lahan .




9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa . Muzik , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka .




10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna .




11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita .




12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif , misalnya menghubunginya melalui telefon , si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat , tetapi sebaik saja ganggang diletakkan , dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit , semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut .




13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita . Jadi jangan senyum sebarangan .




14. Jika kamu menyukai sorang wanita , cubalah mulakan dengan persahabatan . Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam .




15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar , tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu .




16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu , teruskan usahamu untuk memikatnya .




17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya . Tanya dia sendiri !




18. Selepas sorang gadis jatuh cinta , dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal .




19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis , cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta .




20. Bila setiap kali gambar kelas keluar , benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya , kemudian barulah dirinya sendiri .




21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya !




22. Satu ucapan ' Hi ' sahaja sudah cukup menceriakan harinya .




23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui .




24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik .




25. Cinta bermaksud kesetiaan , ambil berat , jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi .




26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati .




27. Senjata wanita adalah airmata !




28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya ( hadiah , bunga atau sekadar kad ucapan romantis ). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati . Dengan i ! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu .




29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya . So , kalau nak memikat wanita pandai-pandailah .




30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa .
♥ terima kasih sudi menatap yang anggun lagi bergaya ♥